Monday, June 29, 2009

[Milis_Iqra] KENDURI ARWAH BUKAN BID’AH DHALALAH BAHKAN SUNNAH NABI S.A.W

KENDURI ARWAH BUKAN BID'AH DHALALAH BAHKAN SUNNAH NABI S.A.W

KENDURI ARWAH BUKAN BID'AH DHALALAH BAHKAN SUNNAH NABI S.A.W



Ketahuilah kamu bahawa kenduri arwah itu bermakna sadaqah dan berdo'a kepada orang-orang yang telah mati. Maka memang sampai kepada simati itu.Dalilnya firman Allah :


والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولإخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين آمنوا ربنا إنك رؤوف رحيم

Ertinya : dan segala orang yang datang mereka itu kemudian dari mereka itu berkata mereka itu hai tuhan kami ..ampunilah kami oleh mu bagi kami dan bagi saudara-saudara kami yang mereka itu telah mendahului akan kami dengan iman.

Hadith:

ان رجلا قال للنبي صعلم ان امي أقتلتت نفسها وأراها لو تكلمت تصدقت فهل لها من اجر ان تصدقت عنها قال نعم رواه البخاري ومسلم عن عائشة رضي الله عنها

Ertinya:bahawa seorang lelaki berkata ia bagi Nabi s.a.w bahawa ibuku dimatikan terkejut dirinya dan dilihatkan daku akandia jikalau berkata-kata niscaya bersedekah ia.Maka adakah baginya pahala(balasan) jika aku sedakah daripadanya ? Sabda Nabi s.a.w na'am (ia).

Hadith :

اذا مات الأنسان انقطع عمله الا من ثلاث صدقة جارية او علم ينتفع به او ولد صالح يدعو له رواه مسلم عن ابي هريرة

Ertinya: apabila mati oleh maknusia muslim nescaya terputuslah amalannya melainkan daripada tiga perkara, sedakah jariyah , ilmu yang memberi menafa'at dengan dia , atau anak yang saleh yang mendo'a baginya.

(Kitab ini telah ditashih oleh 3 orang tokoh ulama tanah air 1-Sheikh Abdullah Fahim 2-Sheikh Haji Ahmad Tuan Husin Pokok Sena 3-Tuan Guru Haji Abd Rahman bin Haji Abdullah Merbuk Kedah )

KENDURI ARWAH ADALAH IBADAH YANG SUNNAH




Kitab yang berjodol al-Syams al-tali'ah li naskh al-kawakib al-naiyyirah adalah kitab yang telah dikarang oleh Sheikh Haji Wan Ali bin Hj Wan Ya'qub al-Jambawi al-Sulati yang berasal dari Fatani.Beliau adalah seorang lepasan dari Madrasah Sulatiyyah di Makkah al-Mukarramah.

Didalam kitab ini beliau telah menulis penjelasan tentang " KENDURI ARWAH" sebagai menjawab tuduhan liar oleh Hj Abdullah Bendang Kebun Fatani(Kaum Muda/ Wahabi) didalam kitabnya yang berjodol " al-kawakib al-naiyyiraat ".

Beliau terundang menulis risalah ini , bila mana Hj Abdullah Bendang Kebun(Kaum Muda /Wahabi) menyebutkan amalan kenduri arwah sebagai amalan bid'ah yang sesat.

Didalam kitab ini beliau telah memasukkan juga surat yang dikirim oleh Pak De 'Il ( Sheikh Ismail ) Ma'la dan Sheikh Abd Qadir al-Mandili dari Makkah kepadaTuan Guru Hj Abd Wahhab Pondok Bekalan Enam Fatani yang menjelaskan tentang amalan kenduri arwah adalah amalan yang baik dan bersandarkan nas-nas yang jelas.

Golongan yang membid'ahkan amalan kenduri arwah bukanlah cerita baru , akan tetapi kalau diselidiki ternyata adalah penyakit lama yang tumbuh semula bila masyarakat mula kosong dari ilmu agama.


MEMBACA AL-QURAN MENDATANG FAEDAH KEPADA ORANG YANG MATI DISISI SYAFI'EYYAH


Berkata al-Hasan al-Sabah al-Za'farani , aku bertanya dengan Imam Shafei r.a tentang bacaan Quran di kubur , maka beliau telah menjawab maka tiada mengapa.

Berkata Imam Nawawi r.a didalam kitab minhaj menyatakan , bagi mereka yang menziarahi kubur boleh la memberi salam dan berdoa'…

Al-Khatib al-Syarbini didalam al-iqna' menyatakan sunat bagi mereka yang berziarah kubur memberi salam , dengan berdepan arah janazah sambil mengucapkan sebagaimana yang telah diajarkan oleh Nabi s.a.w kepada para sahabatnya bila mana mereka bergegas ke perkuburan dengan ucapan :

السلام على اهل الدار من المؤمنين و المسلمين و انا انشأ الله بكم لاحقون

(رواهما مسلم )

Telah menambah Abu Daud : اللهم لا تحرمنا اجرهم ولا تفتنا بعدهم

(Dengan sanad yang agak lemah)

Dan perkataannya ان شأ الله untuk tabarruk(mengambil barakah) dibacakan di sisi janazah bacaan al-Quran , sesungguhnya rahmat akan turun ditempat dibacakan ( bacaan al-Quran).

Orang yang telah mati adalah sama seperti orang yang datang kerana mengharapkan rahmat .maka dibacakan doa' mengiringi bacaan al-Quran , kerana doa' memberi faedah kepada simati dan doa' yang mengiringi bacaan al-Quran adalah terlebih ijabah(diterima).

Serta bagi mereka yang menziarahi kubur hendaklah menghampirkan diri dengan kubur , seperti mereka mendekatinya sewaktu hidup kerana ihtiram (hormat) bagi simati.

Berkata Imam Nawawi r.a , sunat banyak menziarahi kubur dan ziarah kepada kubur orang-orang yang baik-baik dan mempunyai kelebihan. (dari kaum salihin.)


--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=-
Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik. -Qs. 16 an-Nahl :125

Berilah mereka pelajaran, dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka. -Qs. 4 an-Nisa' : 63

Gabung : Milis_Iqra-subscribe@googlegroups.com
  Keluar : Milis_Iqra-unsubscribe@googlegroups.com
  Situs 1 : http://groups.google.com/group/Milis_Iqra
     Mod : moderator.milis.iqra@gmail.com
-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=-=--=-=-=-=-=-=-=-
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

No comments:

Post a Comment