Assalammualaikum wr wb
Allahumma Shalli ala muhammad wa ali Muhammad
Bismillah,
Dialog ini terjadi di Peshawar india antara Syeikh Shirazi dan beberapa ulama Sunni India. Harap digaris bawahi, bahwa thread ini bukan ajang untuk saling menggunjingkan dan akan di ulas dengan sejujur-jujurnya. Thred ini juga berguna untuk menjelaskan beberapa kesalahpahaman saudara sesama Islam umat Sunni mengenai Aqidah Syiah Imamiyah.
Pertemuan pertama Kamis 23 Rajab 1345 H
Hafiz Mohd Rashid, Syaikh Mohd. Islam, Syed Abdul Hal dan beberapa ulama lainnya, serta tokoh-tokoh yang berpengaruh di dalam agama hadir dalam suatu pertemuan besar dalam acara dialog terbuka yang dihadiri oleh umat Islam dari syi'ah dan Sunni. Sesekali terdapat juga beberapa peserta ikut mengambil bagian di dalam dialog yang diadakan. Pertemuan menghadirkan Aqai Sultanul Wae'zeem (Shirazi) dari pihak Syi'ah sebagai pihak yang ditanya dan Hafiz Mohamad Rashid dari pihak sunni sebagai yang bertanya"
Hafiz: Kami amat menghargai peluang untuk berbincang dengan saudara berhubung dengan beberapa persoalan pokok yang mewujudkan perbedaan di antara kita. Sebelum itu kita harus memulainya dengan satu keputusan, bagaimanakah persyaratan yang dapat dipersetujui oleh semua untuk kita menjayakan majlis ini.
Shirazi: Saya amat menyenangi perbincangan ini, dan syarat untuk kita menjayakannya ialah dengan mengelakkan sikap yang melampaui batas serta pandangan yang berbentuk prasangka, dan lebih baik kita berbincang seperti dua orang sahabat.
Hafiz: Izinkan saya untuk mengemukakan satu syarat, iaitu perbincangan kita haruslah diadakan menurut keterangan yang diberikan oleh nas-nas al-Qur'an.
Shirazi: Syarat yang saudara nyatakan adalah mustahil untuk dilaksanakan oleh kebanyakan ulama dan orang yang berhikmah. Ini disebabkan al-Qur'an adalah terlalu umum dan padat dan ia tidak dapat dihuraikan dan ditafsirkan tanpa merujuk kepada hadith yang sahih.
Hafiz: Benar, Itu satu kenyataan yang diakui, oleh itu ia harus dirujuk kepada keterangan dari hadith-hadtih dan riwayat berkenaan beberapa peristiwa yang tidak dipertikaikan. Kita juga perlu menolak rujukan daripada hadith-hadith yang tidak sahih ataupun dari sumber yang meragukan, agar kita tidak akan dipandang curang oleh pihak yang lain dan dianggap sebagai seorang yang berprasangka dan bersikap keterlaluan.
Shirazi: Saya setuju. Satu perkara yang sangat baik. Terutama bagi orang-orang yang berpendidikan dan ahli, apa lagi bagi orang yang seperti saya ini, yang merasa agak beruntung kerana memiliki pertalian darah dengan Rasulullah SAW. Agak keterlaluan juga, seandainya saya tidak menyebutkan satu ajaran yang telah disampaikan oleh moyang saya, Nabi Islam SAW yang dihiasi dengan akhlak yang mulia sebagaimana yang telah dinyatakan di dalam al-Qur'an :
"Dan sesungguhnya kamu (Muhammad) benar-benar berakhlak mulia."(68:4)
Dan adalah tidak wajar untuk kita melanggar nas-nas al-Qur'an,
"(Hai NabiKu!) Serulah kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan nasihat yang baik." (16: 125)
HUBUNGAN DARAH DENGAN NABI MUHAMMAD SAW
Hafiz: Maaf, baru sebentar tadi anda mengaitkan diri anda dengan Rasulullah SAW. Ini sebenarnya telah diketahui umum, tetapi saya memohon agar anda dapat menjelaskan kedudukan nasab anda, supaya kami dapat mengetahui bagaimanakah nasab keturunan anda bersambung kepada Rasulullah SAW?
Shirazi: Keturunan saya sampai ke Rasulullah SAWAW melalui Imam Musa al-Kazim AS seperti berikut:
Mohammad Ibn Ali Akbar (Asraful a'ezim), Ibn Qasim (Bahru Ulum), Ibn Hasan, Ibn Ismail Mujtahid Waez, Ibn Ibrahim, Ibn Swaleh, Ibn Abil Qasim Muhammad Taqi, Ibn (Maqbuluddin) Husain, Ibn Abi Ali Hasan, Ibn Muhammad bin Fathullah, Ibn Ishaq, Ibn Hashim, Ibn Abi Mohammad, Ibn Ibrahim, Ibn Abil Fityan, Ibn Abdullah, Ibn Hasan, Ibn Ahmad (Abu Tayyab), Ibn Abi Ali Hasan, Ibn Abu Ja'far Mohammad al-Hairi (Nazil-e-Kirman),Ibn Ibrahim (dikenali sebagai Mujab), Ibn Amir Mohammad al-Abid, Ibn Imam Musa al-Kazim AS, Ibn Imam Ja'far al-Sadiq AS, Ibn Mohammad al-Baqir AS, Ibn Imam Zainal Abidin AS, Ibn Imam Husain AS, Ibn Amirul Mukminin Ali bin Abi Talib AS.
Hafiz: Jalur nasab yang sebentar tadi saudara berikan tadi cuma sampai kepada Amirul Mukminin Ali AS, tetapi saudara sebelumnya mengatakan bahwa nasab anda sampai pada Rasulullah SAW. Sebetulnya dengan nasab yang sebegitu, saudara dalam pengertian yang sebenarnya, hanyalah kerabat dengan Rasulullah SAW dan bukan dari keturunannya. Ini kerana keturunan adalah perkembangan terus-menerus dengan diri Rasulullah SAW.
Shirazi: Nasab kami sampai kepada Rasulullah SAW melalui Fatimah Zahra AS, ibu kepada Imam Husain AS. Saya tidak menduga saudara akan mempersoalkan tentang keturunan saya, jika tidak tentu saya tidak akan memberikan keterangannya.
Hafiz: Saya rasa, barangkali saudara yang telah salah faham. Tidak ada prasangka apa pun dari saya. Saya sebagaimana juga para ilmuan yang lain, berpendapat keturunan seseorang hanya dikenali dari pihak bapa, bukan dari pihak ibu. Saya petik satu pepatah Arab yang bererti "anak lelaki, cucu lelaki dan anak perempuanku adalah dari aku tetapi anak lelaki dari anak perempuanku bukan dari aku." Sekiranya saudara dapat membuktikan ada yang selain dari itu, yakni keturunan dari anak perempuan Rasulullah SAW adalah keturunan Rasulullah SAW juga, maka kami bukan saja menerimanya, malahan kami juga amat berterima kasih kepada saudara.
Shirazi: Terdapat banyak sekali bukti dari al-Qur'an dan juga dari hadith-hadith yang sahih untuk mengesahkan alasan saya.
Hafiz: Saya harap saudara dapat melanjutkan penjelasan tentang perkara ini, supaya kita semua mengetahui perkara tersebut.

Diskusi Di antara Harun Ar-Rasyid dan Imam Musa al-Kazim AS
Mengenai Keturunan Rasulullah SAW
Shirazi: saat tadi anda berbicarai, saya teringat kepada dialog yang telah terjadi antara Harun ar-Rashid, khalifah Abbasiyyah dan salah seorang Imam kami, Musa al-Kazim AS mengenai perkara yang sama, dan Imam AS memberikan jawaban yang sangat memuaskan sehingga khalifah mengiktirafnya.
Hafiz: Bagaimanakah suasana pertemuan itu? Saya sungguh berminat untuk mendengarnya.
Shirazi: Abu Ja'far Mohammad bin Ali yang digelar sebagai "Syeikh Saduq" salah seorang ulama besar Mazhab aqidah Syi'ah pada kurun ke-14 Hijrah. Di dalam bukunya yang muktabar, "Uyunul Akhbar ar-Rida", dan juga Abu Mansur bin Ali Tabrasi di dalam bukunya "Ehtijaj" telah memberikan keterangan yang terperinci tentang diskusi yang berlaku di antara Harun ar-Rasyid dengan Imam Musa al-Kazim AS, di balai istananya.
Khalifah telah mengemukakan berbagai pertanyaan kepada Imam AS untuk mendapatkan jawabannya. Salah satu daripada pertanyaannya ialah : "Bagaimanakah anda dapat mengatakan bahawa anda adalah salah seorang daripada keturunan Rasulullah SAW, sedangkan Rasulullah SAW tidak mempunyai keturunan. Ini karena seperti yang telah diketahui keturunan datang dari pihak bapa bukan dari pihak ibu. Sedangkan anda tergolong dari anak perempuannya (Fatimah az zahra), dan dengan ini anda bukan dari keturunan Rasulullah SAW."
Di dalam jawabannya, Imam AS membacakan ayat al-Qur'an Surah al-An'aam 84-85 : "(Dan kepada Nuh sebelum itu) telah Kami beri petunjuk dan kepada sebahagian dari keturunannya (Nuh) iaitu Daud, Sulaiman, Ayyub, dan Yusuf, Musa dan Harun. Demikianlah Kami memberikan balasan kepada orang-orang yang berbuat baik, dan Zakaria, Yahya, Isa dan Ilyas. Semuanya termasuk orang-orang yang saleh."
Berdasarkan keterangan ini, Imam Musa AS balik bertanya kepada Khalifah,"Siapakah dia Nabi Isa AS?" Harun menjawab bahwa Isa AS tidak mempunyai bapa. Imam Musa AS menjelaskan, "Tidak ada siapa pun melainkan Allah yang Maha Agung yang menggolongkannya ke dalam keturunan para Nabi melalui Mariam. Dan seperti itu, jugalah Dia telah memasukkan kami sebagai keturunan Nabi SAW moyang kami Fatimah az-Zahra."
(Imam Fakhruddin al-Razi, berhubung dengan ayat ini menjelaskan di dalam kitabnya Tafsir al-Kabir, bagian IV masalah V di halaman 124, menyebutkan hal ini sebagai bukti bahwa Hasan dan Husain AS adalah keturunan daripada Nabi SAW.)
Di dalam ayat tadi, Allah telah mengesahkan bahwa Isa AS tidak mempunyai bapa, di mana pertalian adalah dari pihak ibunya. Begitu jugalah dengan Hasan dan Husain AS yang sebenarnya adalah dari keturunan Rasulullah SAW. Imam Mohammad al-Baqir AS, yaitu Imam yang kelima, memberikan alasan yang serupa kepada Hajjaj (yang kemudiannya mendiamkan diri).
Imam Musa al-Kazim AS lalu bertanya lagi kepada khalifah apakah dia ingin bukti yang lain. Khalifah meminta Imam AS meneruskan. Imam AS kemudian membaca Surah Ali Imran: 61, yang berbunyi , "Siapakah yang membantah tentang kisah Isa sesudah datangnya ilmu (yang menyakinkan kamu), maka katakanlah (Ya Mohammad) kepada mereka: Marilah kita memanggil anak-anak kamu dan isteri-isteri kamu, kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakah kepada orang-orang yang dusta."
Lalu Imam Menjelaskan siapa sajakah yang orang2 yg dimaksud dalam ayat tersebut dalam peristiwa (Mubahalah) untuk menentang kaum Kristen Najran itu. Rasulullah SAW membawa mereka berserta dengan perintah Allah yaitu Ali bin Abi Talib, Fatimah AS, Hasan AS dan Husain AS. Jadi, "diri-diri kami" (Anfusana) di dalam ayat di atas bererti Ali bin Abi Talib AS, wanita-wanita kami (nisa'ana) bererti Fatimah AS dan anak-anak kami (abna'ana) berarti Hasan AS dan Husain AS.
Setelah Harun ar-Rasyid mendengar keterangan yang amat jelas itu, dia pun berkata, "Selamat, Ya Abal Hasan." Dari itu hujah Imam Musa al-Kazim AS dengan Harun ar-Rasyid itu, terbukti bahwa Hasan AS dan Husain AS adalah anak Rasulullah SAW dan kesemuanya keturunan dari Fatimah AS adalah keturunan Rasulullah SAW.
Hujah Lain Yang Menunjukkan Bahwa keturunan Fatimah AS Adalah Keturunan Rasulullah SAW
Shirazi : Ibn Abil Hadid Muktazili seorang ulama saudara, di dalam Syarh Nahjul Balaghah dan Abu Bakar al-Razi di dalam Tafsirnya mencatatkan hujah yang sama juga, bahwa Hasan AS dan Husain AS adalah dari sisi ibu mereka, anak kepada Rasulullah SAW. Dengan cara yang sama sebagaimana Allah menerangkan di dalam al-Qur'an bahawa Isa AS tergolong di dalam keturunan Nabi Ibrahim AS dari sisi ibunya yaitu Mariam.
Mohammad bin Yusuf Kanji Syafie di dalam bukunya Kafayatul Talib dan Ibn Hajar Makki pada halaman 74 dan 93 dari bukunya "Sawaiq al-Muhriqah" serta Tabari dan Jabir bin Abdullah al-Ansari dan juga Khatib Khawarizmi di dalam "Manaqib" mereka menyebutkan, Ibn Abbas meriwayatkan bahwa Rasulullah SAW bersabda, "Allah menjadikan tiap-tiap Nabi dari keturunan mereka sendiri tetapi keturunanku dijadikan dari keturunan Ali AS."
Legal Disclaimer: The information contained in this message may be privileged and confidential. It is intended to be read only by the individual or entity to whom it is addressed or by their designee. If the reader of this message is not the intended recipient, you are on notice that any distribution of this message, in any form, is strictly prohibited. If you have received this message in error, please immediately notify the sender and delete or destroy any copy of this message

No comments:
Post a Comment